Terlelap ketika memandu, kereta rempuh penunggang motosikal hingga patah kaki

Tangkap layar kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Perodua Bezza yang merempuh sebuah motosikal di Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal mengalami patah kaki selepas dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan ke Bukit Beruntung dari Hospital Selayang

Katanya, ketika di lokasi kejadian, pemandu tersebut telah memasuki laluan bertentang.

“Dipercayai pemandu berusia 54 tersebut telah terlelap kemudian gagal mengawal kenderaanya lalu bertembung dengan sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut beliau, tiada kecederaan membabitkan pemandu kereta tersebut manakala penunggang motosikal yang juga seorang lelaki tempatan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

“Mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai patah kaki akibat kemalangan itu, kes masih dalam siasatan pihak polis” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker