Wanita keluar tanpa mahram dianggap bermaksiat undang kemarahan

Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemilik Facebook mengeluarkan kenyataan bahawa wanita keluar rumah tanpa mahram dianggap melakukan maksiat mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, katanya, wanita perlu banyak bertaubat dan mengaji semula sekiranya melakukan kesalahan berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran itu yang kemudian dikongsi seorang pengguna Twitter mengundang pelbagai reaksi kerana disifatkan seolah-olah merendahkan martabat kaum wanita.

“Aku janda anak dua, ayah sudah meninggal. Adik lelaki dah kahwin dan anak lelaki masih sekolah. Jadi, nak heret siapa pergi kerja? Kalau tak kerja, anak aku nak makan apa?,” ciap Delina.



“Oh, tidak! Tidak boleh pergi kerja,” ujar emmrds.

“Bayangkan, nak keluar pergi beli barang dapur pun kena cop buat maksiat,” kata akaun anon.

Difahamkan pemilik Facebook berkenaan telah memadamkan hantaran itu selepas ia mendapat banyak maklum balas orang ramai.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menegaskan bahawa setiap wanita perlu mendapatkan keizinan daripada mahram mereka dan tidak keluar ke tempat yang boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya.



“Kami menasihatkan agar golongan wanita sentiasa menjaga maruah dan adab-adab islam agar mereka terpelihara daripada sebarang tohmahan dan menjamin kehidupan bersyariat,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker