Suspek samun 16 telefon bimbit diburu Polis

Tangkap layar menunjukkan dua lelaki memecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, awal pagi tadi. – Tangkap layar tular

PASIR GUDANG: Polis sedang memburu suspek dalam kejadian samun sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pemilik premis, lelaki tempatan berusia 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4.38 pagi tadi dengan barang yang dicuri suspek adalah 16 unit telefon bimbit pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM19,161.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 012-7532276 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak pagi tadi, tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit 16 saat memaparkan dua lelaki memakai topi keledar dan pelitup muka memecah masuk kedai telefon bimbit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker