Pingat ini untuk nenek dan arnab saya yang membimbing dari atas – Thinaah
Pingat ini untuk nenek dan arnab saya yang membimbing dari atas – Thinaah

Kuala Lumpur: Pingat gangsa Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang diraih M Thinaah bersama Pearly Tan hadir dengan makna jauh lebih besar buat pemain beregu wanita negara itu apabila mendedikasikannya kepada mendiang nenek dan arnab kesayangannya yang meninggal dunia dalam tempoh kurang sebulan.
Thinaah menyatakan tempoh sebulan lalu adalah antara fasa paling sukar dalam hidupnya apabila kehilangan insan yang dekat di hatinya ketika dia masih perlu meneruskan komitmen sebagai atlet negara.
Neneknya meninggal dunia pada 21 Ogos lalu, hanya dua hari selepas Kejohanan Dunia bermula di New Delhi, menyebabkan Thinaah terbang pulang untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum kembali meneruskan perjuangan di gelanggang.
“Tiga minggu kemudian, saya kehilangan Roger, arnab kesayangan saya. Tetapi dia tidak berasa sakit dan pergi dengan tenang.
“Saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik, melompat dengan bebas dan gembira sekarang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rewang: HAWA Melaka Teruskan Usaha Kebajikan, Dekat Dengan Masyarakat
- AMK Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’ – Pemuda UMNO Negeri Sembilan
- Lampu Isyarat Pintar Johor Kurangkan Masa Perjalanan Rakyat
Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang
“Jadi, begitulah gambaran sebulan lalu. Ia benar-benar sukar untuk saya. Hanya mereka yang tahu akan memahami betapa sukarnya untuk saya datang berlatih, kemudian terus pulang ke rumah, tanpa tidur dan pemulihan cukup, tetapi saya masih mampu hadir,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Thinaah berkata, sokongan daripada barisan kejurulatihan dan gandingannya, Pearly banyak membantunya melalui tempoh sukar berkenaan sebelum mereka turun berjuang di Sukan Asia.
Menurutnya, penyertaan kali ini hadir dengan perasaan bercampur-baur, namun satu perkara yang menjadi pegangannya adalah memastikan tiada penyesalan ditinggalkan di gelanggang dan menikmati setiap detik permainan.
“Satu perkara yang jelas ialah jangan tinggalkan sebarang penyesalan di gelanggang dan nikmati permainan.
“Ya, sedikit kecewa kerana tidak mara ke final dan mendapat peluang memburu emas, tetapi dengan apa yang kami lalui sepanjang sebulan lalu, kami perlu memberikan tepukan kepada diri sendiri,” katanya.
Pingat ini untuk nenek dan arnab saya yang membimbing dari atas – Thinaah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor
- Kompleks Mahkamah Johor Bahru Dijangka Beroperasi Jan 2027 – Azalina
- Penerokaan Teknologi Satelit, AI Penting Perkukuh Sektor Perladangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.