Pemandu kereta api rempuh gerabak wanita lambat tekan brek

Pemandu kereta api rempuh gerabak wanita lambat tekan brek

Pemandu kereta api rempuh gerabak wanita lambat tekan brek

JAKARTA – Polis Indonesia hari ini mendakwa seorang pemandu kereta api atas dakwaan gagal menekan brek pada waktunya untuk mengelak kemalangan yang mengorbankan 16 wanita dekat Jakarta pada April tahun ini, kata seorang pegawai.

Sebuah kereta api jarak jauh merempuh gerabak khas wanita di bahagian belakang tren  komuter yang berhenti berhampiran stesen Bekasi Timur di luar Jakarta pada 28 April lalu.

Pasukan penyelamat bekerja berjam-jam hingga larut malam untuk memotong dan membuka gerabak yang remuk itu.

Pemandu kereta api jarak jauh berusia 37 tahun itu berdepan beberapa pertuduhan selepas siasatan mendapati dia menekan brek terlalu hampir dengan tren komuter yang terhenti.

“Pasukan penyiasat menyimpulkan bahawa tindakan membrek kecemasan sebaliknya boleh dilakukan pada  jarak lebih jauh,” kata pegawai polis Jakarta I Dewa Putu Gede Anom Danujaya dalam satu sidang akhbar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang


Pemandu terbabit boleh dipenjara sehingga 12 tahun jika didapati bersalah, kata polis.

Insiden itu mengorbankan 16 penumpang gerabak khas wanita,  kemudahan pada tren komuter Indonesia bagi melindungi wanita daripada gangguan seksual semasa berulang-alik.

Seramai 107 orang lagi cedera, demikian menurut  Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT). – AFP

Pemandu kereta api rempuh gerabak wanita lambat tekan brek


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker