Lulus temuduga guna ujian cawan kopi baru diterima kerja

Lulus temuduga guna ujian cawan kopi baru diterima kerja

Seorang bekas majikan di sebuah firma perisian perakaunan di Australia mendedahkan ujian mudah yang digunakan terhadap calon berpotensi semasa mengendalikan temu duga pengambilan pekerja baharu.

Trent Innes mengakui tidak akan menggaji mana-mana calon pekerja yang gagal dalam ‘ujian cawan kopi’.



Lapor Mirror, menurut Innes, ujian itu mampu mendedahkan lebih lanjut mengenai sikap sebenar seseorang berbanding sebarang soalan yang ditanya dalam sesi temu duga.

Malah, katanya, mana-mana calon yang gagal dalam ujian tersebut akan disenarai hitam dari syarikat terbabit.

Innes yang pernah bekerja di Xero dan meninggalkan firma tersebut pada September 2021, sebelum ini berkongsi mengenai ujian unik itu dalam satu temubual podcast The Venture.

Bercakap dalam rancangan temubual podcast pada 2019, Innes berkata, dia akan membawa calon ke pantri di pejabatnya yang mana minuman atau kopi ditawarkan sebelum menjalankan sesi temu duga.



“Kami kemudian akan membawa minuman tersebut ke bilik temuduga dan pada hujung sesi saya akan melihat sama ada calon berkenaan akan membawa cawan kosong itu ke pantri.

“Anda boleh mengasah kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman juga boleh dipelajari tetapi sikap baik adalah lebih penting.

“Sikap yang sering diperkatakan adalah konsep ‘basuh cawan kopi anda’,” katanya.

Tambah Innes, oleh kerana syarikatnya mengamalkan konsep itu, pejabatnya terutamanya ruang pantri sentiasa berada dalam keadaan bersih.



“Ujian cawan kopi itu memastikan calon pekerja dapat menyesuaikan diri dengan budaya syarikat dan melakukan segala yang patut dilakukan,” katanya. Utusan

Lulus temuduga guna ujian cawan kopi baru diterima kerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker