Jika perang Gaza berakhir, kerajaan Israel juga akan berakhir – Itamar Ben-Gvir

Jika perang Gaza berakhir, kerajaan Israel juga akan berakhir – Itamar Ben-Gvir

Akhbar Israel, Haaretz dan Maariv, melaporkan Menteri Keselamatan Negara berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir, memaklumkan kepada Benjamin Netanyahu sekiranya peperangan di Gaza tamat, kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu juga akan berakhir.

Ben-Gvir, sebahagian daripada anggota Kabinet Keselamatan Israel, tetapi tidak terbabit atau membuat keputusan dalam peperangan dilaporkan membuat kenyataan itu dalam satu mesyuarat parti.



Beliau juga sebelum ini beberapa kali bertelingkah dengan Netanyahu berhubung peperangan di Palestin.

Ben-Gvir juga telah dilihat memberi senjata kepada pendatang Yahudi di Tebing Barat untuk menghalau dan membunuh orang-orang Palestine di sana.

Beliau merupakan figura yang lebih kejam dari Netanyahu.

Sementara itu, tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat Israel menyokong rancangan yang akan menyaksikan pembebasan tawanan di Gaza sebagai pertukaran untuk menamatkan peperangan.



Satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Midgam yang ditugaskan oleh Inisiatif Geneva menyaksikan sebanyak 51.3 peratus responden menyokong perjanjian itu dengan 28.9 peratus menentang.

Separuh daripada responden juga berkata, mereka tidak akan menyokong kehadiran tentera Israel di Gaza selama tiga tahun lagi, manakala 32 peratus lagi mengatakan mereka akan menyokong. BH

Jika perang Gaza berakhir, kerajaan Israel juga akan berakhir – Itamar Ben-Gvir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker