Guru, pelajar cemas merkuri tumpah

Guru, pelajar cemas merkuri tumpah

KULIM – Seorang guru dan 14 murid mendapatkan rawatan di Hospital Kulim selepas terkesan dengan kejadian tumpahan merkuri di makmal sebuah sekolah di sini pada pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.20 pagi.



“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang guru wanita berusia 36 tahun serta lima murid lelaki dan sembilan murid perempuan berusia 11 tahun terkesan dengan tumpahan sisa merkuri itu.

“Kesemua mereka mengalami kegatalan pada anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggota kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa seterusnya membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Anggota seterusnya menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa merkuri di kawasan terjejas,” ujarnya. K Online



Guru, pelajar cemas merkuri tumpah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker