Intan Najuwa Jalani Transfusi Darah, Pitam Akibat Tekanan Darah Rendah

Intan Najuwa Jalani Transfusi Darah, Pitam Akibat Tekanan Darah Rendah

Intan Najuwa Jalani Transfusi Darah, Pitam Akibat Tekanan Darah Rendah

Pelakon Datin Intan Najuwa baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat, apabila berkongsi terpaksa menjalani rawatan transfusi darah. Menerusi kongsiannya di Instagram Stories, Intan mendedahkan rawatan itu dilakukan selepas dia pitam akibat tekanan darah melampau.

“Hampir semua orang mengalami serangan jantung pagi ni. Saya pengsan kerana tekanan darah saya yang sangat rendah, dan doktor terpaksa melakukan pemindahan darah dengan segera. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja sekarang dan kedua-dua kami sihat.”

Pitam Bukan Kerana Pengambilan Kafein Tetapi…

Walau bagaimanapun, Intan turut mendakwa bahawa keadaannya itu bukan disebabkan oleh pengambilan kafein. Malah ia berlaku kerana faktor pemakanan dan keperluan badan semasa fasa mengandung.

“Doktor saya telah mengesahkan ia tidak berkaitan dengan kafein dan tiada kaitan dengan kafein. Ini kerana peningkatan isipadu darah, faktor pemakanan dan keperluan badan yang lebih tinggi semasa kehamilan.”

“Sekadar meletakkan ini di sini supaya tidak ada salah faham kemudian hari. Hehe, saya kena bagitau siap-siap sebab nanti kang ada orang attack dalam DM tak tahu puncak pangkal, “Ha sebab minum kopi”.”

Pada masa yang sama, Intan Najuwa turut memaklumkan bahawa perkongsian itu dibuat kerana mahu mengelakkan timbulnya salah faham mengenai keadaannya itu.

Intan Najuwa Jalani Transfusi Darah, Pitam Akibat Tekanan Darah Rendah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN: Jangan Jual Teori Konspirasi Sebagai Analisis Politik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker