Carolan tak panik, fokus persiap Speedy Tigers untuk Sukan Asia

Carolan tak panik, fokus persiap Speedy Tigers untuk Sukan Asia

Carolan tak panik, fokus persiap Speedy Tigers untuk Sukan Asia
AKSI pemain negara, Syed Syafiq (kanan) ketika berdepan cabaran pemain New Zealand. FOTO FIH

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan enggan terlalu panik selepas tewas 1-5 kepada New Zealand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala Negara-Negara semalam dan menegaskan matlamat utama pasukan adalah memberikan persembahan terbaik di Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September nanti.

Jelasnya, beliau mengakui masih banyak perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum temasya itu berlangsung dan fokus utama sudah pasti adalah meningkatkan kekuatan pasukan dalam tempoh berkenaan.

“Bagi kami, sasaran utama adalah untuk menampilkan prestasi yang lebih baik di Sukan Asia. Itulah fokus kami. Kami mahu memastikan pasukan berada pada tahap terbaik dalam tempoh tiga bulan akan datang,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyedari tempoh tiga bulan itu agak padat kerana Speedy Tigers turut akan bersaing di Piala Dunia Hoki 2026 yang berlangsung di Belgium dan Belanda dari 14 hingga 30 Ogos depan.

Kurang tiga minggu selepas Piala Dunia, mereka akan menyertai Sukan Asia yang akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan


“Untuk mencapai matlamat itu, kami perlu meningkatkan prestasi. Kami juga perlu mempamerkan aksi yang lebih baik dalam Piala Dunia, selain terus memperkukuhkan pasukan supaya berada dalam keadaan terbaik apabila tiba masanya untuk menghadapi Sukan Asia,” katanya.

Dalam perlawanan menentang New Zealand itu, pasukan negara dilihat sukar memberikan saingan kepada lawan apabila ketinggalan 0-5 sebelum Akhimullah Anuar Esook menjaringkan gol saguhati buat Malaysia pada penghujung permainan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan keempat selepas hanya mencatat satu kemenangan dan dua kekalahan.

Pada perlawanan terakhir menentang Korea Selatan pada jam 10.45 malam ini, Speedy Tigers perlu mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri untuk beraksi dalam penentuan tempat kelima hingga kelapan.

Sekiranya tewas, Malaysia akan menamatkan cabaran edisi kali ini di kedudukan kesembilan keseluruhan.

Carolan tak panik, fokus persiap Speedy Tigers untuk Sukan Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN: Jangan Jual Teori Konspirasi Sebagai Analisis Politik

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker