Penyanyi wanita dakwa diugut ahlong, tak mampu bayar hutang biaya kos keluar album
Penyanyi wanita dakwa diugut ahlong, tak mampu bayar hutang biaya kos keluar album

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi wanita mendakwa diugut beberapa kumpulan ahlong berhubung hutang yang semakin meningkat berkaitan beberapa pinjaman.
Penyanyi itu yang hanya mahu dikenali dengan nama Yee, menjelaskan dia pada awalnya mendapatkan pinjaman melalui urusan menggunakan aplikasi WhatsApp bagi membiayai kos pelancaran albumnya pada bulan lalu.
Pinjaman berkenaan, katanya, disediakan seorang individu yang mendakwa mewakili syarikat pemberi pinjaman wang berlesen, namun selepas bersetuju membuat pinjaman RM45,000, dia mendakwa hanya menerima kira-kira RM17,000.
Bulan ini, katanya, pihak pemberi pinjaman mula menuntut bayaran faedah berlebihan sebelum beberapa kumpulan ahlong lain menghubunginya dan menawarkan pinjaman tambahan untuk membantu menyelesaikan hutang awal terbabit.
“Mereka menuntut saya membayar sejumlah tertentu dalam tempoh ditetapkan pada hari sama. Mereka kemudian mula memeras ugut saya dengan mengancam untuk menggandakan jumlah faedah asal jika saya gagal buat bayaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
“Ia seperti lubang hitam hutang yang tidak berkesudahan dan saya tidak dapat melepaskan diri kerana mereka terus menuntut lebih banyak wang setiap hari,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini hari ini.
Yee turut mendakwa ahlong terbabit menyebarkan gambar dirinya dan ahli keluarga yang telah disunting di media sosial, dengan tuduhan bahawa mereka adalah penipu, selain mengugut untuk merosakkan reputasi profesionalnya, menculiknya dan mencederakan ahli keluarganya.
Penyanyi itu turut mendakwa kumpulan terbabit memberitahu mereka kononnya mempunyai kaitan dengan seorang individu bergelar Datuk Seri.
“Setakat ini, saya telah bayar lebih RM20,000, namun mereka masih terus memeras ugut saya untuk mendapatkan lebih banyak wang. Wang saya sudah habis dan tidak lagi mampu melangsaikan hutang ini,” katanya yang membuat laporan polis di Sabak Bernam berhubung kes berkenaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata pihaknya sudah membincangkan kes sedemikian dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa dan menyerahkan beberapa laporan polis untuk siasatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
“Ahlong ini hanya beri sebahagian kecil daripada pinjaman dijanjikan sebelum mula peras ugut mangsa. Mereka langsung tidak hormat undang-undang dan terus ugut mangsa walaupun laporan polis telah dibuat,” katanya menggesa mangsa kes sedemikian tampil membuat laporan dan tidak tunduk kepada tuntutan sindiket terbabit.
Penyanyi wanita dakwa diugut ahlong, tak mampu bayar hutang biaya kos keluar album
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais
- Tanah Anugerah… Rakyat Tuntut Penjelasan Isu Mahligai Sanusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor
You must be logged in to post a comment.