Polis rampas dadah bernilai lebih RM16 juta di Tawau
Polis rampas dadah bernilai lebih RM16 juta di Tawau

TAWAU: Polis membongkar taktik sindiket menggunakan kenderaan terpakai dari Semenanjung yang dibawa ke Sabah dengan kapal pengangkut bagi menyeludup dadah apabila merampas lebih 323 kilogram syabu serta cecair disyaki fentanyl dalam dua serbuan di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Hussein Omar Khan, berkata taktik terbaru itu terbongkar susulan beberapa siri operasi yang dijalankan di daerah ini.
“Modus operandi sindiket adalah menggunakan kenderaan terpakai dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah menggunakan khidmat kapal roll-on/roll-off (RoRo) secara dijadikan medium penyeludupan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJN, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir; Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin; dan Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Al Husin Halil.
Mengulas lanjut, Hussein berkata, operasi berkenaan adalah susulan kepada tangkapan awal pada 21 April lalu membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier yang membawa lebih 130 kilogram syabu.
Katanya, susulan itu polis melancarkan operasi kedua pada 1 Mei lalu membabitkan serbuan ke atas dua kenderaan iaitu Nissan Sylphy dan Toyota Camry di kawasan Bandar Sri Indah, dekat sini.
“Hasil pemeriksaan menemukan 85 bungkusan disyaki syabu seberat 90.41 kilogram serta 488 bungkusan katrij mengandungi cecair disyaki fentanyl berjumlah 0.98 liter.
“Pemeriksaan lanjut ke atas Toyota Camry pula membawa kepada penemuan 99 bungkusan disyaki syabu seberat 102.90 kilogram,” katanya.
Beliau berkata keseluruhan rampasan membabitkan 323.91 kilogram methamphetamine dan 0.98 liter fentanyl dengan nilai dianggarkan RM16.34 juta.
Katanya, jumlah dadah yang dirampas itu boleh disalahguna dan mampu menjejaskan kira-kira 1.5 juta penagih sekiranya diedarkan di pasaran gelap.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket serta sumber bekalan dan destinasi pengedaran dadah berkenaan.
Mengulas dakwaan pembabitan pegawai dan anggota PDRM dan orang kenamaan dalam sindiket penyeludupan dadah itu, beliau berkata, tiada mana-mana pihak akan terlepas daripada siasatan sekiranya terdapat bukti penglibatan.
Tegasnya, PDRM sendiri sebelum ini pernah menahan pegawai dan anggota yang disyaki membantu kegiatan sindiket dadah.
“Tiada siapa yang akan terlepas termasuk orang kenamaan dan jika ada keterangan kita akan tuduh,” katanya.
Polis rampas dadah bernilai lebih RM16 juta di Tawau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Langkah Segera Dan Jangka Panjang Diambil Atasi Banjir Kilat – Rais
- Tanah Anugerah… Rakyat Tuntut Penjelasan Isu Mahligai Sanusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor
You must be logged in to post a comment.