Budak 6 tahun cedera mata kanan tertusuk besi kusyen kereta

Budak 6 tahun cedera mata kanan tertusuk besi kusyen kereta

Budak 6 tahun cedera mata kanan tertusuk besi kusyen kereta
Kanak-kanak berusia enam tahun cedera pada mata kanan tertusuk besi pada kusyen kereta dipandu ibunya. – Foto ihsan bomba

BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera pada mata kanan akibat tertusuk besi pada kusyen kereta dipandu ibunya, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan meniaki kereta dipandu ibunya dari rumah mereka di Sungai Kembal, Kuala Ketil ke kelas agama di Pekan Baling, di sini. ‘

Ketika itu mangsa dikatakan berada di di tempat duduk belakang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3 petang, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke Klinik Kesihatan Parit Panjang.

“Anggota membantu memotong besi menggunakan ‘mini cutter’ dengan kerja itu dilakukan berhati-hati bagi mengelak kecederaan lain serta pendarahan pada mata belah kanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri


“Anggota bomba menebuk kusyen untuk mengeluarkan span bagi memudahkan besi dipotong.

“Besi yang menusuk mata kanak-kanak itu akhirnya berjaya dipotong dalam 15 minit dan mangsa diserahkan kepada kakitangan klinik untuk tindakan lanjut.” katanya memaklumkan mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Baling.

Budak 6 tahun cedera mata kanan tertusuk besi kusyen kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker