Media sosial antara punca pelajar terbabit jenayah seksual – Polis
Media sosial antara punca pelajar terbabit jenayah seksual – Polis

KANGAR: Hubungan singkat yang terjalin menerusi media sosial dilihat banyak membawa kepada peningkatan jenayah seksual dalam kalangan remaja di Perlis.
Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis menunjukkan berlaku peningkatan 31 peratus kes jenayah seksual dalam tempoh dua tahun dengan 51 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 39 kes pada 2023.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata kebanyakan jenayah seksual dalam kalangan pelajar didapati membabitkan hubungan suka sama suka di antara suspek dan mangsa.
“Dalam hal ini, 98 peratus kes yang dilaporkan membabitkan hubungan suka sama suka antara suspek dan mangsa yang masih di bawah usia, termasuk kes murid perempuan berusia antara 12 hingga 16 tahun hamil dan melahirkan anak.
“Punca utama adalah salah guna media sosial untuk berkenalan dan membina hubungan yang akhirnya membawa kepada salah laku jenayah seksual,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Crime Awareness Day Peringkat Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hussein, di sini.
Katanya, peningkatan kes berkenaan membuktikan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran murid agar tidak mudah menjadi mangsa atau pelaku jenayah dan semua pihak tidak boleh ambil mudah keadaan yang berlaku.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerjasama pentadbiran dan pegawai perhubungan sekolah dalam kalangan anggota polis di negeri ini membantu mengurangkan kejadian buli dalam kalangan murid sekolah.
Katanya, kes membabitkan murid sekolah turun kepada enam kes tahun lalu berbanding sembilan kes pada 2023, membabitkan insiden seperti pergaduhan, pemerasan dan khianat akibat perselisihan faham.
“Dalam usaha membendung jenayah membabitkan kanak-kanak dan remaja, usaha termasuk kempen kesedaran seperti Child Awareness Campaign di peringkat tadika hingga institusi pengajian tinggi perlu diterapkan kepada semua pihak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Kita juga mempergiatkan kempen kesedaran jenayah melalui kerjasama pelbagai jabatan dalam PDRM, agensi sahabat serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
“Masyarakat juga digalak menjadi ‘mata dan telinga’ polis,” katanya menambah PDRM turut memanfaatkan platform digital termasuk Facebook, TikTok dan podcast rasmi sebagai medium penyampaian maklumat pencegahan jenayah kepada masyarakat.
Media sosial antara punca pelajar terbabit jenayah seksual – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.