Suami isteri antara ‘budak suruhan’ ceti haram ditahan
Suami isteri antara ‘budak suruhan’ ceti haram ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek ‘budak suruhan’ ceti haram atau along Singapura yang disyaki melakukan khianat dengan api dan simbah cat di negara ini dengan upah sehingga RM1,500 daripada sindiket itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan di kawasan rumah di Kepong dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam operasi khas pada 8 serta 9 April lalu.
Beliau berkata, penangkapan semua suspek berumur 20 hingga 22 tahun itu susulan laporan seorang mangsa memaklumkan rumahnya di Ampang dibaling bom petrol (molotov cocktail) pada 20 Mac lalu.
Siasatan mendapati, dua suspek mengenali dan mendapat tawaran along dari Singapura itu dibuat menerusi media sosial yang mana seorang daripada mereka menjadi orang tengah bagi mendapatkan pekerjaan itu.
“Suspek menerima upah antara RM1,000 hingga RM1,500 sekiranya melakukan khianat dengan api manakala RM600 hingga RM900 bagi khianat simbah cat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
“Siasatan mendapati, dua suspek lelaki terbabit turut menawarkan ‘job’ itu kepada individu lain dengan bayaran antara RM300 hingga RM800,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Hussein berkata, suspek wanita pula berperanan sebagai ‘striker’ yang merakam video dan mengambil gambar ketika kejadian untuk dihantar kepada pihak yang mengupah mereka.
“Semakan pihak boleh mendapati, kumpulan itu melakukan sembilan kes khianat di Selangor, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
“Siasatan masih dijalankan termasuk sama ada mereka ada meminjam daripada along. Mereka didapati tiada rekod jenayah lampau,” katanya.
Beliau berkata, dua suspek lelaki masih direman selama enam hari manakala suspek wanita diberikan ikat jamin polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Selain itu, Hussein berkata, dua daripada tiga suspek yang disyaki terbabit kes samun berparang di sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, dekat sini sudah ditahan, semalam.
Beliau berkata, dua suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Kelana Jaya dan Shah Alam.
“Hasil soal siasat awal mendapati kedua-dua suspek ini mengaku terlibat dalam kes itu. Polis turut merampas sebuah Perodua Bezza dan sebilah parang sepanjang 72 sentimeter dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian samun itu.
“Semakan lanjut turut mendapati kereta itu mempunyai rekod dilaporkan hilang di Sungai Way, Petaling Jaya,” katanya.
Hussein berkata, dua suspek itu disahkan positif dadah dan memiliki sebilangan rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta samun.
“Polis masih mengesan seorang lagi suspek terlibat sewaktu kejadian sebab ketika kejadian suspek ada tiga orang. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
Suami isteri antara ‘budak suruhan’ ceti haram ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.