PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti

PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti

PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berpandangan bahawa rakyat akan menilai politik daripada keputusan, pendirian dan kepimpinan yang konsisten.

Ini kerana katanya, beliau tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) masih aktif di dalam aplikasi WhatsApp.

 

“Saya tertarik dengan rangkap kelima kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi. Kalau sekadar ‘masih ada dalam group WhatsApp’ dijadikan ukuran kukuhnya parti… saya rasa banyak juga persatuan ‘ayam serama kampung’ yang lebih stabil dari PN.

“Rakyat tidak menilai politik dari kenduri, ucapan takziah atau mesej peribadi. Rakyat nilai dari keputusan, pendirian dan kepimpinan yang konsisten,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Tegasnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, penyatuan ummah bukanlah sebuah slogan apabila terdesak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi


“Penyatuan ummah bukan slogan bila terdesak. Ia tidak lahir dengan menutup mata terhadap perpecahan sendiri sambil salahkan media, orang lain dan Dap setiap masa.

“Kalau semua salah orang lain, bila masa nak baiki diri? Jangan nampak ‘desperate’ sangat bro,” katanya.

Terdahulu, Afnan Hamimi menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, hubungan Ahli-Ahli Parlimen Pas dan PPBM kembali seperti biasa.

Ini kerana mereka masing-masing masih saling berhubung dan memberi respon di dalam group WhatsApp menghantar mesej peribadi termasuklah berbincang mengenai soalan-soalan untuk sidang Dewan Rakyat sesi akan datang. – UMNO Online

PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker