Ain Husniza peroleh 7A walau sering didoa gagal



Ain Husniza peroleh 7A walau sering didoa gagal

Seorang remaja yang sebelum ini mendedahkan mengenai ‘lawak rogol’ oleh bekas gurunya, Ain Husniza Saiful Nizam berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 selepas memperoleh 7A 1B.

Menurut Ain Husniza, keputusan itu menjadi bukti dia mampu mencapai kecemerlangan walaupun sering didoakan gagal oleh ramai pihak dalam peperiksaan SPM 2021.

Katanya, ini kerana dia tetap tidak berputus asa meskipun mengharungi pelbagai cabaran susulan daripada pendedahannya itu.

“Tak boleh gambarkan betapa tertekannya saya semasa SPM. Bukan sahaja orang memberitahu saya tiada ‘berkat’ dalam pelajaran saya, malah sentiasa mendoakan saya gagal dalam pelajaran.




“Saya turut diejek dan didoakan perkara yang tidak elok. Naik turun balai polis, menangis, tertekan semasa belajar, tertekan dikecam. Bila saya baca bermacam mesej daripada orang ramai, saya berjanji akan buktikan mereka salah.

“Dah dah la tu, nak fail SPM ke?’ ‘Kau ni belajar takde berkat dari cikgu’ ‘Semua ilmu cikgu bagi kau tu dah ilmu haram, takde berkat’. Mereka berkata saya kelihatan seperti menghisap dadah, kelihatan ‘st*m’. Ia menjijikkan dan melemahkan semangat.

“Apabila saya menerima surat amaran buang sekolah dahulu, saya terfikir ‘Bagaimana dengan SPM saya?’. Tetapi pada akhirnya, ia adalah untuk diri saya sendiri. Semua pelajar, tidak kira apa keputusan anda berhak mendapat keselamatan di sekolah,” menurut laman Twitternya hari ini.

Jelas Ain Husniza, dia percaya keputusan yang diraih hari ini merupakan berkat semua guru dan kawan-kawannya sepanjang persekolah.

“Ain tak pandai, ain tak pernah dapat keputusan macam ni. Ain juga percaya, ni semua berkat daripada semua guru yang saya temui yang mengajar saya dan kawan-kawan yang saya buat along the way,” jelasnya.




April tahun lalu, Ain Husniza atau nama sebenarnya Nurain Husniza ,18 mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka mengenai rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di mana para pelajar membincangkan gangguan seksual sehingga menimbulkan kemarahan yang meluas di media sosial.

Susulan itu, gurunya, Khairul Nizam Sanuddin, 44, memfailkan saman dengan menamakan Nurain Husniza dan bapa remaja itu Saiful Nizam masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

4 Mac lalu, Ain Husniza memfailkan tuntutan balas dengan menamakan Khairul Nizam, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Sarimah Mohammed Nor dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Anismah M. Noh masing-masing sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan kerajaan Malaysia yang merupakan defendan keempat dan kelima. Utusan

Ain Husniza peroleh 7A walau sering didoa gagal





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Leave a Reply

Your email address will not be published.