Cutikan sekolah sebelum terlambat, gesa Fazley

Susulan penularan Covid-19 terus menunjukkan angka tinggi di negara ini, Fazley Yaakob memohon pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan bagi mengelak keadaan bertukar lebih memudaratkan.

Kata penyanyi dan cef selebriti itu, penangguhan wajar dilakukan sebelum “terlambat.”

“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat!,” katanya di Instagram.

Bagi pemilik nama sebenar Ahmad Fadzli Yaakob itu, saranan tersebut diyakini akan mendapat sokongan ramai daripada ibu bapa lain.



“Korang (kamu) tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan? (dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa sependapat dengan saya).

“Bantu saya kongsikan ini OK,” katanya di Instagram.

Fazley, 41, turut meminta pandangan umum dengan membuka ruang undian pada perkongsian di Insta Stories berhubung isu berkenaan.

Melalui semakan Malaysiakini setakat laporan ini ditulis, undian tersebut mencatatkan jumlah setuju sebanyak 96 peratus dan yang selebihnya tidak bersetuju daripada pengikutnya.



Sementara itu, saranan penyanyi Sesaat Kau Tiada itu mengundang respons pelbagai di ruangan komen.

Antaranya pengguna akaun @che_siti_baezura berkata, yang berkata, dia terpaksa memilih kesihatan anak-anak berbanding pelajaran dengan mengambil pendekatan sendiri untuk menangguhkan perseolahan anaknya.

“Saya setuju datuk. Saya dah cutikan dua orang anak seminggu ke sekolah. Tapi guru besar risau ketidakhadiran pelajar meningkat setiap hari. Hari ni sekolah separuh saja yang datang. Kadang-kadang kami ibu bapa dilema, pelajaran atau kesihatan. Saya pilih kesihatan anak-anak,” katanya.

Pengguna akaun @dianzbanting.selangor pula berkata, lebih wajar anak murid diberi cuti berbanding guru-guru kerana mereka boleh menggunakan pendekatan alternatif untuk mengajar.



“Kami guru takpe sekolah seperti biasa, tapi murid cutikan la kasihan. Kami dicutikan atau tak kami akan mengajar dan beri latihan seperti biasa,” katanya.

Ada juga pihak menzahirkan kebimbangan sekiranya punca rezeki peniaga di kantin sekolah terjejas sekiranya persekolahan ditangguh lagi.

“Mati keringlah mak cik kantin,” komen salah seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, Fazley memberi respons dengan berkata: “Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja.”



Selain itu, ada juga pihak berkata, tidak wajar menangguhkan sesi persekolahan kerana tiada siapa boleh menjaga anak mereka sewaktu ibu bapa bekerja.

“Tak usah cutilah. Cikgu-cikgu tu nanti makan gaji buta, kasihan ibu bapa pergi kerja tiada siapa nak jaga anak-anak,” kata netizen itu.

Dan Fazley sekali lagi memberi respons bersahaja: “Lagi kasihan kalau anak yang sakit,” katanya.Mk

Kanak-kanak mungkin dah tak peduli, ibu bapa ulas sekolah masih ditutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker