Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah

Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah

Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat di Royal Pin Woodland, Indianapolis, pada Selasa.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan selepas menewaskan pemain Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir ‘stepladder’.

Keputusan dicatat itu sekali gus menyaksikan Li Jane menjadi wakil Asia kedua memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini adalah menerusi Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada 2008.

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang USD60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima USD30,000 (kira-kira RM141,500). FMT

Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney

Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit

Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker