Saya juga nak tahu – Anwar

Anwar mahu polis melakukan siasatan rapi terhadap semua kes yang mendapatkan perhatian umum khususnya membabitkan Faisal Halim dan Zayn Rayyan.

Saya juga nak tahu – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu polis melakukan siasatan rapi terhadap semua kes yang mendapatkan perhatian umum khususnya membabitkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menegaskan tidak akan sesekali campur tangan, Perdana Menteri berkata, beliau memahami keresahan rakyat membabitkan kes terbabit.



“Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak OKU (Orang Kelainan Upaya), kita prihatin, saya Perdana Menteri tetapi saya juga manusia saya juga nak tahu mengapa sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak.

“Kalau saya, saya nak polis jawab esok, tapi proses kena lalui. Kita tak peduli siapa tapi saya faham rakyat juga rasa resah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di sini, hari ini. BH

Berita lanjut menyusul



Saya juga nak tahu – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker