BMW langgar treler rosak, 4 maut

BMW langgar treler rosak, 4 maut

BATU PAHAT – Empat maut selepas kereta jenis BMW dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler yang rosak dalam kemalangan di kilometer 123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa maut dalam nahas pada kira-kira jam 9.15 malam itu terdiri daripada tiga wanita warganegara Vietnam dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pemandu kereta.



Jelasnya, treler dalam perjalanan dari Semenyih ke Kulai mengalami kerosakan enjin menyebabkan pemandunya terpaksa menghentikan kenderaan itu di tengah lebuh raya.

“Semasa pemandu treler sedang mendapatkan bantuan untuk mengalihkan kenderaannya, secara tiba-tiba datang sebuah kereta melanggar bahagian belakang treler.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta BMW berusia 26 tahun bersama dua penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Seorang lagi penumpang yang juga wanita warganegara Vietnam maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.



“Kesemua wanita tersebut berusia 19 hingga 32 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Shahrulanuar Mushaddat, pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Sinar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker