Pengarah Urusan ditahan SPRM kes pecah 650 hektar tanah rizab Melayu

Pengarah Urusan ditahan SPRM kes pecah 650 hektar tanah rizab Melayu

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan Perak, semalam.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusnya dijual menjadi lot rumah dan banglo.



Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot yang dipecahkan kepada individu serta syarikat, yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu.

Sumber berkata, siasatan mendapati syarikat itu disyaki membayar rasuah kepada kakitangan kerajaan untuk mengubah tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu di Setiawan.

“Selepas pengubahan status tanah itu, ia dipecahkan lot untuk pelbagai kegunaan seperti lot kediaman dan dijual kepada bukan Melayu untuk dijadikan hartanah mereka.



“SPRM setakat ini dapat mengesan sejumlah 317 pecahan hak milik atau lot daripada 650 hektar tanah rizab Melayu yang ditukar hak milik itu,” katanya.

Sumber berkata, SPRM ketika sedang menyiasat kejadian jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu, membabitkan ahli keluarga suspek yang sudah meninggal dunia.

Sementara, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu, penahanan suspek dilakukan mengikut Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah.

Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Ipoh pada pagi ini untuk membantu siasatan SPRM.



April lalu, BH melaporkan seorang bekas PTG Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot tanah Rizab Melayu membabitkan kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan, 12 tahun lalu.

Tertuduh, Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman. BH

Pengarah Urusan ditahan SPRM kes pecah 650 hektar tanah rizab Melayu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker