Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan

Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan

Gombak: Pejalan kaki maut akibat dilanggar sebelum digilis beberapa kenderaan lain di Kilometer (km) 15, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur menuju ke ibu negara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 6.18 pagi tadi.



“Mangsa dipercayai seorang lelaki namun identiti belum dikenal pasti. Mangsa berjalan dari arah Prima Selayang menghala ke kawasan perindustrian di Selayang Segar.

“Ketika cuba melintas jalan mangsa dilanggar sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti menyebabkan dia tercampak ke atas jalan dan digilis beberapa kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Selayang di sini untuk dibedah siasat.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rohaizad Hashim di talian 0122924420. HM

Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC



Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker