Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
Seorang wanita memberi amaran kepada ibu bapa lain agar tidak mudah tertipu dengan helah penjual coklat minda di kawasan pekarangan sekolah.
Menurut hantaran Anna Shafize di Facebook, dia membeli produk itu yang berharga RM10 untuk memenuhi permintaan anaknya.
Wanita itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati produk itu hanyalah coklat biasa.
“Tergamak sungguh menipu budak-budak. Ingatkan ubat dalam bentuk tablet, rupa-rupanya memang coklat.
“Dahsyat, sejak bila coklat boleh turunkan kolesterol badan? Sampai ‘claim’ boleh cegah sakit jantung,” katanya.
Menurut wanita itu, produk tersebut juga tidak mempunyai sebarang label dan dijual pada harga RM10 sebotol.
Selain itu, penjual mendakwa produk itu kononnya dapat meningkatkan fungsi otak, menurunkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, memperbaiki mood dan meningkatkan tenaga.
Malah, coklat tersebut juga dikatakan telah didoa mengikut kaedah ulama Islam.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyuarakan kebimbangan masing-masing mengenai penjualan produk tersebut di sekolah.
“Ini produk tunggang agama. Apa maksudnya dibaca doa oleh ulama silam tu?,” tanya Rahil.
“Kami dekat sekolah pun terpedaya dengan produk coklat minda sama. Rupa-rupanya coklat biasa,” kata Najiha.
“Ini produk ‘overclaim’, lebih-lebih je keistimewaan dia tu,” kata Aida. K Online
Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.