Terpedaya tawaran baik pulih rumah, pesara kerugian lebih RM100,000
Terpedaya tawaran baik pulih rumah, pesara kerugian lebih RM100,000

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian lebih RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran perkhidmatan baik pulih rumah yang dipercayai didalangi sindiket menggunakan panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa yang juga pesara awam berusia 61 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 10.15 pagi semalam selepas menyedari wang simpanannya lesap daripada akaun bank.
Wanita itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan baik pulih rumah sebelum diperdaya untuk membuka akaun baharu di Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Mac lalu.
“Suspek dipercayai mengarahkan mangsa menggunakan nombor telefon yang diberikan ketika proses pembukaan akaun berkenaan.
“Tindakan itu membolehkan sindiket mengakses akaun bank mangsa tanpa disedarinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
Menurutnya, mangsa kemudian memindahkan wang simpanan miliknya daripada akaun Tabung Haji ke akaun BSN berkenaan berjumlah RM108,400.
Sindiket melakukan tiga transaksi pemindahan keluar daripada akaun mangsa ke beberapa akaun lain yang tidak dikenal pasti.
“Transaksi terbabit membabitkan pemindahan RM50,000 ke satu akaun atas nama Nathaneill, RM50,000 ke akaun atas nama Senorita dan RM8,400 ke akaun yang sama.
“Akibat itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM108,400 wang simpanan peribadinya,” katanya.
Terpedaya tawaran baik pulih rumah, pesara kerugian lebih RM100,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.