Chegubard didakwa buat hantaran menghasut
Chegubard didakwa buat hantaran menghasut

SEREMBAN: Aktivis politik, Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran menghasut melalui laman Facebook, berkaitan institusi raja, bulan lalu.
Tertuduh dengan nama sebenar Badrul Hisham Shaharin, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menerbitkan penerbitan menghasut di aplikasi Facebook menerusi akaun Che GuBard di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah kira-kira jam 8.30 malam 26 Mei lalu.
Penerbitannya antaranya berbunyi: ‘Berdasarkan undang-undang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar sah Yang Dipertuan Besar ke-12. Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ialah kini bekas Yang Dipertuan Besar N. Sembilan’.
Oleh itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 4(1) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
Jika disabitkan, denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Sazali Omar menawarkan wang jaminan minimum RM10,000 dan memohon mahkamah mengeluarkan satu perintah larangan terhadap Badrul Hisham daripada mengeluarkan kenyataan yang berkaitan isu institusi diraja Negeri Sembilan.
“Pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk satu perintah bagi larang tertuduh daripada terus membuat apa-apa komen atau hantaran berkaitan isu yang sedang berlaku berhubung Institusi Diraja Negeri Sembilan.
“Alasan permohonan kerana selain kes ini, terdapat beberapa lagi komen atau hantaran yang dibuat tertuduh ada kaitan dengan perkara sama undang (institusi undang dan adat) dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili tertuduh berpendapat wang jaminan sebanyak RM10,000 adalah jauh lebih tinggi berbanding denda maksimum mengikut pertuduhan dihadapi dan memohon ia dikurangkan ke RM5,000 sahaja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
Muhammad Rafique juga tidak bersetuju sekiranya perintah larangan dikenakan kepada anak guamnya dengan mengambil kira Mahkamah Rayuan sebelum ini tidak pernah mengeluarkan perintah itu terhadap tertuduh bagi tiga lagi kes dihadapinya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Mahkamah juga tidak bersetuju untuk mengeluarkan perintah larang terhadap Chegubad dan sekiranya tertuduh masih membuat hantaran yang berkait isu sama, pihak pendakwaan boleh membuat permohonan bertulis pada masa hadapan.
Chegubard didakwa buat hantaran menghasut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.