Penolong jurutera dituduh rasuah RM183,500, dua jam baca pertuduhan

Penolong jurutera dituduh rasuah RM183,500, dua jam baca pertuduhan

Penolong jurutera dituduh rasuah RM183,500, dua jam baca pertuduhan
Penolong jurutera dituduh terima sogokan dengan nilai keseluruhan RM183,500 mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. – Foto NSTP/L Manimaran

IPOH: Jurubahasa mahkamah mengambil masa dua jam untuk membacakan 146 pertuduhan rasuah membabitkan seorang penolong jurutera di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian yang dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini dengan nilai keseluruhan RM183,500 pada tahun 2022 dan 2023.

Tertuduh, Saifol Nizam Mat Zin, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai seorang penjawat awam iaitu Penolong Jurutera Gred JA36 (TBK 1) yang bertugas di Bahagian Pembangunan Daerah PDT Kerian, mendapatkan untuk diri sendiri suatu barang berharga tanpa balasan membabitkan wang tunai daripada seorang lelaki yang kini berumur 36 tahun.

Wang terbabit kemudian dikeluarkan secara ‘cash withdrawal’ (pengeluaran tunai) menggunakan kad bank ATM milik tertuduh, dalam pada tertuduh mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di sekitar daerah Kerian, Perak dalam tempoh antara 3 Januari 2022 hingga Oktober 2023, yang membabitkan jumlah sama sebagaimana bilangan pertuduhan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni


Wang yang diperoleh tertuduh berkenaan membabitkan nilai keseluruhan RM183,500; meliputi RM103,800 yang diterima sepanjang tahun 2022 dan RM79,700 sepanjang 2023 dengan setiap transaksi yang dibuat membabitkan nilai antara RM500 hingga RM2,000.

Difahamkan, wang rasuah yang diterima tertuduh adalah daripada pemilik syarikat kontraktor yang menjalankan kerja di PDT berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharul Azuan Ghazali serta Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor, manakala tertuduh diwakili peguam, P Ravee.

Sharul Azuan menawarkan jaminan RM1,000 bagi setiap satu pertuduhan, menjadikan RM146,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Selain itu Sharul Azuan juga memohon agar tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


Ravee bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan mengambil kira pendapatan tertuduh yang kini sudah ditukarkan untuk berkhidmat di jabatan kerajaan yang lain sekitar RM6,000 sebulan dengan menyara tiga anak bersekolah.

“Jaminan RM146,000 adalah di luar kemampuan tertuduh, kerana tertuduh hanya mempunyai RM50,000 untuk membayar jamin yang mana jumlah itu pun diperoleh apabila tertuduh terpaksa meminjam dari saudara-mara. Sedangkan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran beliau ke mahkamah,” kata Ravee.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM50,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan termasuk perlu melapor diri ke Pejabat SPRM Ipoh pada hari Jumaat pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Penolong jurutera dituduh rasuah RM183,500, dua jam baca pertuduhan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker