Myvi rosak di lorong kecemasan sebelum dirempuh lori

Myvi rosak di lorong kecemasan sebelum dirempuh lori

Myvi rosak di lorong kecemasan sebelum dirempuh lori
Kenderaan yang rosak dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. – Foto Bomba

SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan Perodua Myvi yang berhenti di lorong kecemasan akibat rosak dirempuh sebuah lori dari arah belakang sebelum merempuh pula kenderaan di hadapannya di Kilometer 94, Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Sungai Petani, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata kemalangan berlaku sekitar jam 9 pagi itu membabitkan sebuah Perodua Myvi, Toyota Noah dan lori dengan lapan mangsa keseluruhannya.

Siasatan awal mendapati Toyota Noah kemudian berhenti di hadapan Perodua Myvi yang rosak, sebelum sebuah lori yang datang dari arah belakang melanggar belakang Myvi.

“Pelanggaran itu menyebabkan Myvi turut merempuh bahagian belakang Toyota Noah. Akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga kenderaan terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, hanya seorang yang parah manakala yang lain cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Noriah bersama lima guru lain serta seorang anaknya, Nur Aalia Jeffri, 16, dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin di Serdang, Kedah bagi menghadiri satu program selepas bertolak seawal Subuh.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Happyzam Abd Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.56 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita parah manakala tujuh lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94, Lebuhraya Utara Selatan, menghala selatan, pagi tadi.

Myvi rosak di lorong kecemasan sebelum dirempuh lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semangat Jentera BN Membara, Noor Azleen Seru Kempen Berhemah

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker