Kerana duit sanggup tikam kepala adik
Kerana duit sanggup tikam kepala adik
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menikam kepala adiknya menggunakan gunting dalam pergaduhan di Kampung Pintas, Beaufort, Sabah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, suspek berusia 31 tahun dikatakan mengamuk selepas gagal mendapatkan wang yang dipercayai untuk membeli dadah daripada ibunya.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek turut merosakkan barang di sekeliling sambil menjerit.
Katanya, adik suspek berusia 25 tahun yang melihat kejadian itu menegurnya, namun dia pula diserang.
Beliau berkata, pergelutan berlaku antara mereka sehingga suspek dikatakan mengambil gunting dan menikam kepala adiknya.
“Ibu mereka yang melihat kejadian itu segera meleraikan. Akibat insiden itu, mangsa luka di kepala dan dada kerana terkena gunting yang didakwa digunakan suspek. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.
“Susulan laporan dibuat ahli keluarga terbabit, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, menahan suspek dan merampas gunting dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki penagih dadah, manakala wang yang diminta dipercayai untuk membeli bahan terlarang itu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.
Kerana duit sanggup tikam kepala adik
Baca Artikel Menarik :
- Najib buat laporan polis terhadap LHDN
- Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
- 4 kereta termasuk Lamborghini terbabit kemalangan [VIDEO]
- Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh
- Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’
- Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN
- ‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan
- Nano spray, awas jangan terpedaya
- Basque Burnt Cheesecake Durian
- Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
- Belum 100 hari, Rina sudah gagal – Fuziah
Layari Laman Facebook MYKMU
Sanggup mengaku sepupu elak dicekup
You must be logged in to post a comment.