Masalah kesihatan Syed Sobrie tidak mendapat perhatian

Masalah kesihatan Syed Sobrie tidak mendapat perhatian

Syed Sobrie pernah diserang strok dan menjalani pembedahan pintasan jantung

Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik berlapang dada walaupun masalah kesihatan dialaminya tidak mendapat perhatian mana-mana pihak.



Beliau yang popular dengan lagu Cinta Yang Terhumban dan pernah membintangi filem popular Azura, diserang angin ahmar ringan di bahagian sebelah kiri tangan dan muka sejak 5 Mac tahun lalu.

“Mungkin ada yang terlepas pandang perkara ini dan ia bukanlah satu isu besar. Saya okay saja.

“Saya pun tak pernah meminta sebarang bantuan atau ambil bantuan dari dulu lagi. Berilah pada mereka yang memerlukan. Saya dikira masih okey. Kalau ada acara, saya masih boleh menyanyi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebelum ini dia menjalani rawatan di klinik milik suami bekas atlet lumba jalan kaki negara, Yuan Yu Fang.



“Bagaimanapun saya berhenti sekejap buat rawatan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang anak yang urut di rumah. Saya juga ada masalah jantung dan buat pembedahan pintasan jantung pada 2013,” katanya.

Syed Sobrie mengakui aktiviti seninya turut terhenti akibat pandemik Covid-19 dan kini bergantung hidup menggunakan wang simpanan.

“Dulu saya bersama isteri memanglah banyak tawaran menyanyi termasuk di istana dan di rumah Perdana Menteri setiap kali sambutan Aidilfitri. Sekarang semua dah tiada. Nasib baiklah saya ini beringat, tapi wang simpanan apabila digunakan pasti akan habis juga.

“Apapun sebagai penggiat seni, kita kena bantu juga kawan-kawan yang terkesan. Jadi saya turut bantu mana yang patut,” katanya.



Menurutnya, dia banyak mengikuti perkembangan seni tanah air menerusi kumpulan WhatsApp rakan seangkatan iaitu Datuk Seri Shah Rezza, Razis Ismail, Datuk Ziela Jalil, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman, Ahmad Fauzee, Liza Abdullah dan Ebby Saiful. HM

Masalah kesihatan Syed Sobrie tidak mendapat perhatian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker