Hizbullah ikrar serang balas Israel

Hizbullah ikrar serang balas Israel

BEIRUT: Kumpulan Hizbullah berikrar semua serangan Israel ke atas orang awam akan dibalas, selepas serangan yang dilakukan oleh tentera zionis itu menyasarkan bangunan berhampiran perarakan pengebumian seorang pejuang kumpulan itu.

Sempadan di antara Lubnan dan Israel menyaksikan kejadian berbalas tembakan membabitkan tentera Israel dan Hizbullah, sejak konflik di Semenanjung Gaza bermula pada 7 Oktober.



Kumpulan yang disokong Iran itu memaklumkan pihaknya melancarkan beberapa bom dan roket di bandar sempadan Israel, Kiryat Shmona sebagai tindak balas kepada sasaran musuh pengebumian di Aita al-Shaab, sebuah bandar sempadan Lubnan.

“Sebarang kemudaratan kepada orang awam akan dibalas,” tambah kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan sebelum ini melaporkan Israel menyasarkan orang yang menyertai perarakan pengebumian, pejuang Hizbullah, Hassan Srur di Aita al-Shaab.

Sementara itu, Menteri Pertahanan AS, Lloyd Austin menggesa pergerakan Hizbullah untuk mengelak daripada mencetuskan konflik yang lebih luas di ketika pertempuran tercetus hampir setiap hari di sempadan Israel-Lubnan.



“Kami menyeru Hizbullah untuk memastikan mereka tidak melakukan perkara yang akan mencetuskan konflik yang lebih besar,” kata Austin pada sidang media bersama dengan Menteri Pertahanan Israel, Yoavav Gallant.

Austin berkata, secara jelas tidak mahu melihat konflik peperangan itu menjadi semakin merebak serta perang yang lebih besar atau perang rantau Asia Barat.

Ketika ditanya sama ada Israel merancang untuk melakukan operasi darat dalam Lubnan, Gallant berkata diplomasi satu pilihan tetapi menegaskanmereka sedang mempersiap diri untuk sebarang kemungkinan

Sejak perang Israel-Palestin bermula pada awal Oktober, lebih 130 orang terbunuh dalam pertempuran di sebelah sempadan Lubnan, yang kebanyakannya pejuang Hizbullah.



Korban turut membabitkan seorang askar Lubnan dan 17 orang awam serta tiga daripada mereka wartawan.

Dalam sempadan Israel, lima orang awam dan tujuh tentera terbunuh, kata pihak berkuasa. BH

Hizbullah ikrar serang balas Israel

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker