Peluru berpandu Korea Utara boleh sampai ke AS

Peluru berpandu Korea Utara boleh sampai ke AS

Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik paling canggih antara benua yang berpotensi untuk sampai ke Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Pertahanan Jepun berkata, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) mempunyai potensi jarak lebih daripada 15,000 kilometer, yang boleh sampai ke mana-mana tempat seluruh Amerika Syarikat.



Tindakan itu menambahkan jumlah bilangan ujian senjata sekaligus memecahkan rekod tahun ini sehingga mencetuskan kecaman antarabangsa.

Korea Selatan berkata, Korea Utara menembak peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) menggunakan bahan api pepejal yang menjadikan peluru berpandu itu lebih mudah untuk diangkut dan lebih cepat untuk menembak daripada versi bahan api cecair.

Ini kali ketiga Korea Utara melancarkan dan menguji ICBM bahan api pepejal, selepas pelancaran pada April dan Julai, yang menurut penganalisis menandakan usaha konsisten untuk menambah baik teknologi itu.

Korea Utara berkata, dua ICBM yang dilancarkan sebelum ini jenis ‘Hwasong-18’ tetapi tidak mengulas mengenai pelancaran teknologi yang dilaksanakan semalam.



AS, Korea Selatan dan Jepun mengecam ujian peluru berpandu itu dan menyatakan itu melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan akan menjadikan Semenanjung Korea kurang selamat.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengarahkan tindakan balas segera dan luar biasa serta menggesa tindak balas bersama dengan AS dan Jepun. BH

Peluru berpandu Korea Utara boleh sampai ke AS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker