Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor

Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor

Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Tengku Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai bendahari Umno Selangor.

Dalam satu hantaran di Facebook, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, ini kerana dia melihat perancangan kebangkitan parti itu di Selangor sebagai hambar, dan tidak sehaluan dengan tema di Umno Pusat.

Zafrul berkata, Selangor adalah negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak dan strategi ampuh sepatutnya dirangka, lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihan raya negeri tahun lalu.

“Ia sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.

“Antara lain, tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap – diuji dan disemak dengan pemegang taruh.

“Kerjasama dengan parti-parti lain mesti diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan bahawa masalah Umno terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat pusat,” katanya.

Zafrul berkata, begitu banyak bergantung kepada sikap dan pendekatan kepimpinan Umno negeri.

“Saya melihat sendiri bagaimana Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat.

“Namun, sejauh mana hebat perencanaan pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah.

“Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,” katanya.

Menurut Zafrul, pendekatan dan prinsipnya mudah: iaitu jika dia tidak dapat menyumbang atau melakukan sebarang penambahbaikan maka dia tidak harus memegang sesuatu jawatan.

“Malah lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif,” katanya lagi.

Ketika ini, Umno Selangor diterajui oleh Setiausaha Politik Ahmad Zahid, Megat Zulkarnain Omardin manakala timbalannya adalah Adun Dusun Tua, Johan Abdul Aziz. Mk

Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker