Makan Rasuah! Pengarah agensi penguatkuasaan direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pengarah agensi penguatkuasaan negeri dipercayai terbabit rasuah.

Difahamkan, rasuah itu diberikan bagi melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga melalui pintu masuk laut negara tanpa perlu pengisytiharan atau kebenaran pihak berkuasa.

Perintah reman selama tiga hari sehingga esok dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd. Najib ke atas kesemua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Menurut sumber, suspek utama iaitu lelaki berusia 50-an disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM100,000 secara tunai pada 23 Mac 2024 di Shah Alam, Selangor bagi melindungi aktiviti yang merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Hasil penahanan ke atas suspek utama, SPRM turut menyerbu kediamannya di Klang, Selangor dan menemui sejumlah wang bernilai RM100,000 dipercayai sebahagian daripada hasil suapan tersebut.

“Suspek utama telah ditahan di Klang kelmarin, manakala suspek kedua dan ketiga yang merupakan orang awam ditahan pada hari yang sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan bukti dan dalang lain yang terlibat

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker