Gajah rempuh anggota perlihitan sehingga cedera

Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu yang sedang melakukan pemantauan haiwan liar, cedera dirempuh seekor gajah di kawasan hutan berhampiran Felda Cherul, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, lelaki berusia 50-an itu mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan dada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, gajah berkenaan tiba-tiba meluru dari belakang lalu merempuh mangsa sehingga tercampak sejauh beberapa meter.

Mohd. Hafiezul berkata, rempuhan tersebut menyebabkan anggota berkenaan tidak dapat bergerak dan terpaksa diusung keluar hutan sejauh kira-kira dua kilometer.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker