Wan Saiful dirujuk ke JK Hak & Kebebasan kerana berbohong

Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi telah memfailkan usul bagi merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Beliau berkata usul itu adalah berkaitan kenyataan Wan Saiful di Parlimen semalam yang dianggap sangkaan jahat dan cuba mengelirukan dewan dengan tuduhan terhadap dirinya sebagai ‘ejen’ yang memujuk dan menyogok Ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk menyokong kerajaan.

“Kenyataan itu juga dilihat semata-mata untuk mengaibkan atau mengheret saya dalam agenda peribadi beliau bagi memburukkan imej saya selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga menyokong Kerajaan Madani.



“Usul telah dihantar ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pagi tadi bagi membolehkan saya membalas sangkaan jahat itu di Dewan Rakyat, Isnin ini,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Zulkafperi menyifatkan kenyataan Wan Saiful sebagai tidak bertanggungjawab dan beliau tidak dapat memberikan penjelasan semasa tuduhan dibuat kerana terpaksa pulang bagi menyambut kunjungan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Tanjong Karang.

“Oleh kerana saya tiada di Dewan Rakyat semasa kenyataan itu maka saya akan bawa usul tersebut bagi membetulkan sangkaan jahat yang dibuat,” katanya.

Semalam, Wan Saiful mendakwa Zulkafperi dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman serta Datuk Rahim membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan beliau kepada kerajaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker