Pulangkan RM500,000 yang dijumpai, pengawal keselamatan jujur diberi penghargaan

Sikap jujur pengawal yang memulangkan satu beg berisi wang lebih RM500,000 yang ditemui di tempat meletak kenderaan mendapat penghargaan daripada majikannya.

Sherpa Dawa, 39, dari Nepal hari ini menerima anugerah dan hadiah daripada syarikat keselamatan, A5 Security Services.

Pengarah Hardeep Singh Jaswant amat berbangga dengan kakitangannya kerana mengurus kejadian tersebut mengikut tatacara yang betul.



“Kami amat menghargai dengan kesetiaannya dengan syarikat, dan jujur. Mereka telah mendapat latihan yang secukupnya, mereka tahu apa yang harus dilakukan oleh kerana mereka tidak mahu mengambil risiko.

“Ia merupakan jumlah yang banyak dan kami sangat hargai apa yang telah pengawal kami lakukan dan kerana itu kami memberi ganjaran kepadanya hari ini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Sherpa yang sudah empat tahun berkhidmat di A5 Security Service berkata, dia amat berpegang pada tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

Oleh kerana itu, tanpa memikirkan nilai wang tersebut, Sherpa memutuskan untuk terus membuat laporan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah dan pihak berkuasa.



“Bila saya jumpa saya macam tak rasa takut apa-apa, sebab kita sudah dapat latihan daripada pihak syarikat, dan kemudian saya tahu saya punya tanggungjawab.

“Saya tak fikirlah duit itu berapa banyak atau sikit kita buat kita punya kerja sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Hardeep menyifatkan Sherpa sebagai pekerja terbaik dan berharap dia dapat terus berkhidmat dan bersama-sama menjaga keselamatan.

“Saya harap dia akan kerja lebih lama bersama syarikat kami dan harap dapatkan dilanjutkan permit kerjanya kerana kami memerlukan orang sepertinya,” tambahnya.



Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khanm berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira 8 pagi pada Rabu.

Pemeriksaan mendapati beg itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen.

Semalam, sebuah syarikat mendakwa wang tunai RM500,000 dalam bagasi ditemui di pusat beli-belah dekat Damansara, milik mereka.

Polis sedang melakukan siasatan untuk memastikan wang itu benar-benar milik syarikat terbabit.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker