Laporan dakwaan kes liwat terhadap pemimpin UMNO Johor

Laporan dakwaan kes liwat terhadap pemimpin UMNO Johor

MERSING: Polis Mersing menerima lima laporan polis berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki yang dipercayai naib ketua pemuda sebuah parti politik di Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata setakat ini pihaknya menerima laporan polis membabitkan enam mangsa.



“Selepas dua laporan polis dibuat dua mangsa seperti yang dimaklumkan semalam, kita menerima tiga lagi laporan dibuat empat individu sehingga semalam.

“Ini menjadikan keseluruhan laporan polis diterima adalah lima membabitkan enam mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan pendakwaan dijangka dibuat pada esok di Mahkamah Kota Tinggi.

Semalam, Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan reman bermula semalam hingga esok.



Beliau dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik di Mersing ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Difahamkan, mangsa mendakwa pernah diliwat suspek sejak antara 2017 hingga Februari lalu. BH



Mk mendapat pengesahan bahawa suspek adalah seorang ketua Pemuda Umno di salah sebuah bahagian di Johor. Identitinya dirahsiakan kerana dia masih belum didakwa di mahkamah.

Menurut salinan laporan polis yang tular di media sosial, suspek aktif dalam program kesukarelawanan dan NGO.

Dia dikatakan kerap membawa remaja terbabit menyertai aktiviti tersebut. Mk

Laporan dakwaan kes liwat terhadap pemimpin UMNO Johor



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker