King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Ting King Sing tidak ada hak untuk mendesak UMNO menekan ketua pemuda parti itu, Dr. Muhammad Akmal Saleh dalam isu boikot pasar raya KK Mart.
Bahkan, menteri tersebut tidak ada hak untuk menakutkan UMNO kononnya parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi berkata, King Sing jangan memutarbelitkan isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di KK Mart sebagai isu perkauman.
“Boikot bukan isu kaum. Sebab itu bila agensi umrah menipu walaupun ia milik orang Islam agensi itu tetap diboikot. Tiada kompromi bab Islam,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook,
Oleh itu, Puad mengingatkan King Sing jangan bawa naratif lapuk dalam isu ini kononnya ia merosakkan keharmonian rakyat, hilang peluang pekerjaan dan bawa kesan buruk pada ekonomi negara.
Sebaliknya, kata beliau, semua itu musnah sekelip mata jika pergaduhan agama tidak dikawal.
“KK Mart mesti bertanggungjawab. Mereka pihak terakhir menentukan produk itu terjual di premis mereka.
“Kementerian Pelancongan gantung lesen Emraz Travel kerana menipu. Kenapa Tiong tidak desak lesen KK Mart digantung sementara? Jangan main-main isu kalimah Allah,” tegas Puad lagi.
Semalam, King Sing dalam kenyataannya mendesak kepimpinan UMNO supaya tidak membiarkan Dr. Akmal menggunakan platform Pemuda UMNO bagi mengejar agenda peribadi dengan menunggang isu kalimah Allah.
Menteri itu turut mendesak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya bertindak tegas terhadap Muhammad Akmal.
Menyifatkan Muhammad Akmal sebagai angkuh dan keterlaluan, King Siang berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu mesti berhenti memainkan isu kalimah Allah kerana ia sebagai bersifat perkauman.
Katanya, tindakan Muhammad Akmal boleh merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. MG
King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Kenyataan Marissa cetus tanda tanya
- Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella
- Anwar bertatu namun penuh insaf, tunai umrah di bulan Ramadhan
- Terlalu banyak kesakitan yang dilakukan terhadap orang Islam – Liyana Jasmay
- Demam nak raya sampai pasang lampu raya dekat kereta (Video)
- Zarina muhasabah diri digam stesen TV
- Belum cerai, ibu Aliff Aziz sudah ‘unfollow’ IG Bella
- Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis
- Isu Marissa Kahwin lari, Norman Hakim tegur Abby Abadi kerana kongsi aib keluarga
- Ahli keluarga Ayah Pin kembali berkumpul, polis pantau rapat usaha hidupkan ‘Kerajaan Langit’
- Zahid dakwa MN runtuh kerana sikap hipokrit PAS, Fadhli Shaari sentap
- Wanita beri donat juadah berbuka kepada jiran sebelum kelar bayi hingga mati
- Boikot restoren atau gerai yang caj RM2 pengunjung tak pesan minuman
- Wan Saiful buat hal lagi
- Stoking kalimah Allah, KK Mart melampau, ‘mohon maaf semudah itu sahaja’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023
You must be logged in to post a comment.