Ditikam mati kerana kebas air oren kawan ketika berbuka

Ditikam mati kerana kebas air oren kawan ketika berbuka

Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam rakan sekerjanya ketika sedang berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, di Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian berpunca ekoran suspek warga Pakistan itu, marah apabila air orennya diminum oleh mangsa berusia 49 tahun itu, ketika berbuka puasa.



“Suspek berumur 51 tahun itu seterusnya bertindak menikam pekerja am itu beberapa kali menggunakan pisau, yang diambil daripada dapur,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut sekitar 7.20 malam, sebelum bertindak menahan suspek kira-kira 10 minit kemudian di tempat kejadian dan turut merampas pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek tinggal bersama-sama di dalam kontena, yang dijadikan sebagai asrama di kilang berkenaan.

Mohd Iqbal berkata suspek akan direman hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun jika sabit kesalahan.



Pihak yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Md Anuar Md Amilah @ Harun di talian 0192255597 untuk membantu siasatan. Mk

Ditikam mati kerana kebas air oren kawan ketika berbuka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker