SPRM cari Mohammad Zyed Ibrahim

SPRM cari Mohammad Zyed Ibrahim

Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes membabitkan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

Individu itu, Mohammad Zyed Ibrahim, 38, yang beralamat terakhir di Mesahill Apartmen Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.



Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Riduwan Mohammad Radzi di talian 016-4603096 atau email kepada [email protected].

Akhbar ini sebelum ini melaporkan penyeludup membawa masuk barangan seperti arak, tembakau dan rokok dengan membuat pengisytiharan palsu bagi mengaburi pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah, mereka turut membawa masuk alat ganti kereta dan alat kosmetik tanpa kelulusan kastam sebelum ‘lolos’ apabila penjawat awam tidak melakukan pemeriksaan ketat, selepas didakwa sudah menerima ‘imbuhan’ masing-masing.

Modus operandi syarikat yang mengendalikan aktiviti penyeludupan barangan itu sudah berlaku sejak 2018 hingga tahun lalu, menyebabkan ketirisan hasil cukai membabitkan rokok, tembakau dan arak dianggarkan RM400 juta.



Susulan itu, SPRM yang menerima maklumat kegiatan terbabit menjalankan risikan, sebelum melaksanakan operasi khas bermula minggu lalu.

“Serbuan yang dijalankan AML SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menahan 11 individu.

“Mereka terdiri penjawat awam, individu perantara dan tiga pemilik syarikat, yang dua daripadanya bergelar Datuk, berusia 30-an hingga 50-an,” kata sumber.

Sumber berkata, SPRM setakat ini membekukan akaun bank membabitkan 225 individu yang dijadikan keldai akaun dan lima akaun syarikat dengan jumlah keseluruhan lebih RM14 juta membabitkan 18 bank.



Susulan itu, lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok turut disita. HM

SPRM cari Mohammad Zyed Ibrahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker