Syarikat pengedar stoking mengadu ada ancaman bakar kilang

Syarikat pengedar stoking mengadu ada ancaman bakar kilang

Syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah melahirkan kebimbangan kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan memaklumkan, kebocoran data peribadi di laman sosial itu memaparkan alamat kediaman pengurusan tertinggi syarikat.



“Malah terdapat juga ancaman keganasan, termasuk membakar kilang kami dan membahayakan nyawa.

“Susulan itu, kami menyeru rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan menahan diri daripada terbabit dalam sebarang bentuk keganasan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang,” katanya.

Menjelaskan isu berkenaan, pihaknya mengesahkan kehadiran pihak polis di kilang berkenaan hari ini.

“Polis sudah melawat kilang kami di Batu Pahat, Johor, hari ini, dan kami akan terus membantu dalam siasatan mereka mengikut undang-undang negara.



“Kami memahami keseriusan situasi ini dan kepentingan untuk mengekalkan harmoni dan saling hormat dalam kalangan semua komuniti. Kami komited untuk menegakkan nilai-nilai ini dalam semua aspek operasi perniagaan kami,” katanya.

Menurutnya kenyataan itu lagi, pihaknya mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan kualiti yang lebih ketat untuk mengelakkan kejadian serupa di masa depan.

“Kami juga sudah menghubungi pembekal kami di China untuk mendapatkan penjelasan dan mereka mengaku bahawa stoking yang bermasalah dimasukkan dalam pembelian kami secara tidak sengaja.

“Kami kini sedang mengkaji tindakan undang-undang untuk diambil ke atas pembekal kerana kelalaian mereka dalam menangani pesanan kami,” katanya.



Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart, yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 42 laporan polis diterima si seluruh negara.

Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Super Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya sebelum tular di media sosial. HM

Syarikat pengedar stoking mengadu ada ancaman bakar kilang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan



Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies



Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker