Saya ada jika Bella Astillah perlukan seseorang – Puteri Sarah

Puteri Sarah berpengalaman disondol rakan artis.

Saya ada jika Bella Astillah perlukan seseorang – Puteri Sarah

Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana bersedia menjadi tempat mengadu Bella Astillah ketika rumah tangga rakan sealiran dunia seni itu dilanda kemelut selepas Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat, pagi semalam.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, dia sentiasa bersedia sekiranya Bella memerlukan kawan untuk menjadi tempat luahan selepas melalui episod hitam tersebut.



“Kepada sahabat saya Bella, awak ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis.

“Jadi, saya di sini sekiranya awak perlukan saya,” katanya dalam InstaStory yang turut memuat naik fotonya bersama Bella.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah juga meminta orang ramai memberi ruang dan berhenti menjatuhkan hukum terhadap Bella tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella dan janganlah kita menghakimi dia.



“Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang. Saya tahu cerita dari awal sampai akhir, jadi tak baik kita hakimi dia.

“Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang dan sama-samakita berdoa untuknya,” katanya lagi.

Mengimbau semula, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah memuji kekuatan Puteri Sarah yang tabah dalam menempuh kemelut rumah tangga dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof tahun lalu.

Bella merupakan antara artis yang lantang bersuara dalam media sosial dan sentiasa memberi sokongan kepada Puteri Sarah dan beberapa selebriti wanita yang dilanda masalah rumah tangga.



Semalam, media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam. K Online

Saya ada jika Bella Astillah perlukan seseorang – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker