Saya bukan nak jadi hero, Hafiz Mahamad minta maaf

Niat saya nak bantu kakitangan wanita cium Hajar Aswad.

Saya bukan nak jadi hero, Hafiz Mahamad minta maaf

Pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad mohon maaf dan buat keputusan menurunkan video bergelut mencium Hajar Aswad sehingga kain ihram terselak dan menampakkan sebahagian tubuh, baru-baru ini.

Pempengaruh berusia 30 tahun itu membuat permohonan maaf menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram.



Hafiz berkata, keputusan menurunkan video dibuat demi menjaga keharmonian akaun media sosialnya.

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

Katanya, tujuan video pergelutan mencium Hajar Aswad dimuat naik bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya ingin mewujudkan keberanian kepada orang ramai yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci mendapat gambaran sebenar.



“Bagi tidak memanjangkan isu ini, saya hamba Allah yang lemah dan bila wujudnya pelbagai persepsi serta tak mahu pengikut bergaduh, saya buat keputusan turunkan video ini.

“Alhamdulillah, ada beberapa ustaz menghubungi saya, mereka ada persepsi berbeza. Ada menyokong kerana niat saya melindungi golongan wanita dan kanak-kanak, tapi ada juga ustaz yang minta saya turunkan sebab boleh timbulkan persepsi buruk.

“Saya bukannya tak fikir panjang, banyak maklum balas positif yang diterima masa muat naik video ini. Sejam dua jam tak timbul apa-apa isu, tapi setiap manusia ada pendapat masing-masing.

‘Saya bukan geng plastik hitam’



“Fokus saya ke Tanah Suci bukan buat ‘content’ dalam media sosial hingga ibadat terabai. Saya memang ingin beribadah,” katanya dalam video berdurasi lebih 10 minit.

Katanya, itu adalah kali pertama memuat naik video menunaikan ibadah umrah walaupun sudah tujuh kali ke Tanah Suci Makkah dengan membawa kakitangan.

Jelasnya lagi, dia tidak hanya menolong kakitangan wanita, tetapi membantu ramai wanita dan anak kecil yang tidak kenali supaya mereka dapat mencium Hajar Aswad.



“Saya tak marah sesiapa dalam video ini, tapi sebab bising. Saya minta jangan tolak wanita dan kanak-kanak.

“Bukan pasukan saya sahaja, tapi ramai orang lain. Memang cium Hajar Aswad hanya sunat dan tak payah buat jika memudaratkan diri.

“Tapi, saya selalu pesan pada anak buah, bila ada rezeki cubalah buat sebab saya tak nak mereka rasa ralat tak ambil peluang ketika berada di Baitullah.

“Saya bukan nak jadi hero, tapi dengan harapan boleh dicontohi pasukan saya. Mereka bukan orang senang untuk sampai ke Makkah.



“Jadi, bila ada rezeki saya minta mereka cuba usahakan pergi cuba solat dalam Hijr Ismail, cium Hajar Aswad dan solat depan Kaabah walaupun dalam keadaan sukar.

“Selain itu, saya juga berharap mereka dapat jadikan tindakan saya sebagai contoh jika mereka mampu untuk bawa orang lain suatu hari nanti,” katanya.

Terdahulu, tindakan Hafiz bergelut di hadapan Hajar Aswad menimbulkan persepsi negatif netizen yang mempersoalkan perbuatannya.

Video berkenaan turut mendapat reaksi bekas Menteri di Jabatan Perdana \Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. BH



Saya bukan nak jadi hero, Hafiz Mahamad minta maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker