Pemain remaja bertumbuk di padang

Piala Belia 2024.

Pemain remaja bertumbuk di padang

KUALA LUMPUR: Aksi Piala Belia 2024 antara Melaka berdepan Sri Pahang FC (SPFC), semalam bertukar menjadi ‘gelanggang MMA’ selepas berlaku pergaduhan besar-besaran antara kedua-dua pemain pasukan terbabit.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, insiden itu bermula dengan aksi tolak-menolak antara beberapa pemain kejohanan bawah 18 tahun itu di tepi padang.



Bagaimanapun, pergaduhan bertambah ‘rancak’ apabila semakin ramai pemain yang terbabit dengan aksi tolak-menolak sambil cuba ditenangkan barisan kejurulatihan yang mahu menghentikan pergaduhan itu.

Kemuncak pergaduhan itu adalah apabila seorang pemain SPFC kelihatan berlari daripada belakang sebelum menyepak seorang pemain Melaka sehingga pemain itu terjatuh.

Insiden itu menyaksikan pemain simpanan SPFC, Adam Syaqir Barzu dilayangkan kad merah pada minit ke-41 kerana menendang pemain Melaka.

Sebagai rekod, isu pergaduhan pemain dalam saingan tempatan bukanlah satu situasi yang asing untuk disaksikan.



Bukan setakat saingan profesional malah isu pergaduhan melarat sehingga ke saingan liga amatur termasuklah saingan peringkat bawah umur.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid ketika dihubungi mengesahkan insiden pergaduhan itu namun belum menerima maklumat penuh berhubung kejadian itu. BH

Pemain remaja bertumbuk di padang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker