Pokok tumbang lagi di Kuala Lumpur, Jalan Pinang tutup sementara

Pokok tumbang lagi di Kuala Lumpur, Jalan Pinang tutup sementara

Sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur, ketika hujan lebat petang ini, menyebabkan jalan itu ditutup sementara.

Susulan kejadian, beberapa klip video tular di media sosial menunjukkan detik pokok itu tumbang menimpa beberapa kenderaan. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.



Menurut Astro Radio Traffic di X, kejadian itu menyebabkan keseluruhan jalan di depan Bank Kuwait terhalang. Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan pada masa hantaran dibuat di platform media sosial itu, dan lalu lintas dari KLCC mengalami kesesakan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mencari laluan alternatif kerana semua lorong di Jalan Pinang ditutup.

Selasa lepas, sebatang pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail mengakibatkan seorang lelaki maut dan dua lagi cedera, selain perkhidmatan monorel terganggu.

Kejadian itu turut mengakibatkan laluan berbumbung berdekatan runtuh dan beberapa bahagian pokok menimpa landasan monorel. FMT



Pokok tumbang lagi di Kuala Lumpur, Jalan Pinang tutup sementara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam



Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker