Pokok Sena alami gelombang haba

Pokok Sena alami gelombang haba

Daerah Pokok Sena di Kedah dikategori mengalami gelombang haba selepas merekodkan status cuaca panas tahap dua, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca panas tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.



Katanya, daerah merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga turut meningkat dengan 23 daerah disenarai dalam kategori terbabit hari ini.

Selain ibu negara, kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Perlis; Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang dan Baling di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Timur Laut di Pulau Pinang; Kuala Kangsar di Perak; serta Petaling dan Sepang di Selangor.

Katanya, Beaufort di Sabah dan Limbang di Sarawak turut tersenarai dalam kategori itu.

“Cuaca panas tahap satu pula dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata hantaran itu.



Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Pokok Sena alami gelombang haba

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker