Mufti ingatkan para ‘Imam Tarawih’ jangan jadikan urusan ibadat sebagai barang dagangan

GEORGE TOWN – Tidak salah sekiranya seorang imam solat tarawih menerima elaun pada kadar yang tinggi sebagai ganjaran melaksanakan tugasan memimpin jemaah untuk menunaikan solat sepanjang bulan Ramadan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, namun tidak wajar bagi seorang imam itu meminta dibayar untuk mengimamkan solat serta menentukan sendiri kadar bayaran tersebut.

Menurutnya, imam terbabit seharusnya perlu mempamerkan contoh akhlak yang baik kepada masyarakat seperti ikhlas dan zuhud serta tidak bersikap tamak kepada wang dan harta.

“Di pihak pimpinan dan pengurusan kariah, mereka hendaklah menghargai sumbangan seorang imam dan kesudiannya mengimamkan solat tarawih dan solat fardhu di masjid mereka dengan memberi ganjaran atau upah yang berpatutan.

“Jangan terlalu rendah atau terlalu tinggi. Kita tidak suka urusan ibadat dijadikan sebagai ‘barang dagangan’ yang boleh dinilai dengan wang dan mata benda keduniaan.” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, penilaian seperti itu amatlah bertentangan dengan konsep ikhlas yang menjadi inti kepada ibadat sebagaimana dikehendaki oleh Allah SWT. (Rujuk al-Quran, surah al-Bayyinah: 5).

“Jadi, untuk mengelak persepsi yang salah dalam isu ini, kita ingin mencadangkan supaya majlis agama Islam setiap negeri menetapkan kadar bayaran yang munasabah kepada imam-imam solat tarawih yang perlu dipatuhi oleh jawatankuasa qaryah.

“Semoga dengan itu imej para imam dan asatizah terpelihara daripada pandangan serong masyarakat awam,” ujarnya.

Semalam, akhbar Kosmo! melaporkan sebahagian pihak pengurusan masjid tidak berkira untuk memberi elaun sehinggga mencecah RM18,000 sebulan untuk seorang imam solat tarawih ketika Ramadan tahun ini sebagai salah satu cara untuk menarik kehadiran jemaah dan memeriahkan bulan puasa.

Tinjauan mendapati, imam tarawih di sekitar Kuala Lumpur dibayar antara RM12,000 hingga RM18,000 berdasarkan kepada kelulusan daripada pihak masjid dan kemampuan semasa mereka.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor pula berpandangan, budaya tawar-menawar dalam urusan menunaikan solat tarawih akan mewujudkan ketidakikhlasan pada diri seseorang imam dalam beribadah.

“Ini adalah satu budaya yang tidak sihat dan memberi pandangan negatif bila mana seseorang itu imam itu akan memilih sesuka hati masjid yang mampu menawarkan elaun paling tinggi sepanjang bulan Ramadan.

“Mana pergi sebuah keikhlasan ustaz atau imam solat tawarih? Ibadah perlu ikhlas tanpa mewujudkan sebarang sesi tawar-menawar antara pihak masjid dan imam solat tarawih atau hanya jadikan budaya ini semata-mata mahu popularkan masjid,” katanya kadar elaun maksimum imam solat tarawih di masjid berusia hampir 200 tahun itu ditetapkan kariah sejak turun-temurun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker