Bakar tunang hingga mati, hukuman gantung lelaki diganti penjara 33 tahun
Bakar tunang hingga mati, hukuman gantung lelaki diganti penjara 33 tahun
Seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh tunangnya dengan menyimbah petrol sehingga menyebabkan mangsa mati terbakar, terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap Mohamed Hafiz Mohd Bakri, 36, selepas membenarkan rayuan banduan akhir itu.
“Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 33 tahun dari tarikh tangkap (21 April 2017) dengan 12 sebatan,” kata Zabariah yang bersidang bersama-sama Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Mohamed Hafiz dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 5 Oktober 2020 selepas didapati bersalah membunuh Nina Farrina Simbul, 21, di sebuah rumah di Taman Sri Bahagia, Tampoi, Johor Bahru pada jam 4.30 petang 21 April 2017.
Rayuan Mohamed Hafiz ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2021.
Terdahulu, peguam Muhammad Abd Kadir memaklumkan mahkamah, pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengecualikan hukuman mati terhadap Mohamed Hafiz selaras Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, yang mengesahkan perkara itu, memohon perayu dijatuhi hukuman penjara 35 tahun berdasarkan cara kematian mangsa adalah akibat dibakar.
Bagaimanapun, Muhammad merayu hukuman pemenjaraan minimum dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan insiden itu bukan sesuatu yang dirancang meskipun ada keterangan berhubung pembelian petrol.
“Petrol itu dibeli untuk tujuan lain serta kuantitinya sedikit dan hanya bernilai RM2.
“Perayu cuba memadamkan api yang terkena pada si mati dengan mencurah air namun tidak berjaya sebelum menghantar wanita itu ke hospital.
“Anak guam saya menyesal dengan perbuatannya dan berharap segera keluar dari penjara serta menjadi insan berguna,” katanya.
Sebelum ini, seorang saksi pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pada hari kejadian, Mohamed Hafiz meminta beliau membeli petrol dan menyuruhnya meletakkan botol petrol itu di dalam bilik.
Saksi itu, yang juga anak saudara Mohamed Hafiz, mendengar pertengkaran tertuduh dan tunangnya di ruang tamu namun lelaki itu mengarahkan beliau masuk ke bilik serta tidak mencampuri urusan mereka.
Bagaimanapun, saksi itu mengintai di sebalik tirai dan melihat Mohamed Hafiz menyimbah petrol ke badan tunangnya sebelum melihat api menyala sehingga menyebabkan mangsa terbakar. BH
Bakar tunang hingga mati, hukuman gantung lelaki diganti penjara 33 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Cukai Perkhidmatan naik mulai esok, ini yang perlu kita tahu
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Kenapa Wan Saiful dakwa SPRM menghubunginya?
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Pendedahan penipuan dilakukan ejen jenama penapis air (Video)
- Ayat Manzil, rugi kalau tak belajar
- Kantoi banyak kali makan, tapi tak bayar (Video)
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Pembebasan Muhyiddin dibatalkan Mahkamah Rayuan
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- Bot mewah karam ketika tunggu pesanan nasi kandar
- Guru Kimia kantoi ‘main’ bersama pelajar sekolah
- Selangor, Cheng Hoe ‘bercerai’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai
You must be logged in to post a comment.