Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak membenarkan cadangan beras putih Malaysia Madani dilaksanakan kerana ia akan menghapuskan terus beras putih tempatan yang lebih murah di pasaran.
Katanya, beras Madani dicadangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal seperti menyokong perbuatan kartel yang mencampurkan beras tempatan dan beras import.
“Pengenalan beras Madani ini menjadikan usaha menentang campuran antara beras tempatan dan import daripada dijual di pasaran seperti sia-sia. Kita perlu terus menentang kartel ini bukan menyokong apa yang mereka buat.
“Jangan tipu rakyat dengan beras Madani. Bila buat beras Madani, beras tempatan campur beras import dan dijual pada harga lebih tinggi daripada beras tempatan, saya percaya tidak akan ada lagi beras tempatan dijual langsung,” katanya di Facebook.
Akmal turut mempersoalkan kewajaran cadangan itu kerana ia seperti membunuh pasaran beras tempatan yang dijual lebih murah berbanding beras Madani.
“Kalau beras Madani dijual di pasaran RM30, maka tidak akan ada lagi beras putih tempatan yang dijual RM26. Peniaga ini daripada dia jual RM26 beras tempatan baik dia jual RM30 untung banyak, sedangkan harga diambil daripada pesawah kita tetap sama,” katanya.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata kerajaan belum memutuskan pengenalan satu gred beras putih dikenali beras putih Malaysia Madani diumumkan jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup, Rabu lalu.
Menjelaskan kekeliruan pengumuman oleh Syed Hussin yang juga ketua jawatankuasa itu, Mohamad berkata sebarang ketetapan harus berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.
Pengumuman Syed Hussin berhubung penjualan beras putih Malaysia Madani berharga RM30 bagi kampit 10kg mulai 1 Mac ini, menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) menimbulkan persoalan ramai termasuk Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin yang meminta penjelasan lanjut kerajaan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), minggu depan akan memutuskan muktamad tentang harga beras dikawal. FMT
Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah
You must be logged in to post a comment.